Thursday 29 March 2012

Membeli-Belah Secara Bijak

Melihat keghairahan orang ramai berbelanja menjelang musim perayaan kadangkala memang boleh mencetuskan kekecohan, bagaikan rezeki setahun yang dicari mahu dihabiskan dalam masa sehari. Para penjual mula mengambil kesempatan dengan mengumpan tawaran istimewa itu dan ini sehingga membuatkan pengguna kelabu mata dan berbelanja semahunya.
Pengguna berhak diberi peluang untuk memilih barang-barang atau perkhidmatan pada harga yang berpatutan dan mutu yang memuaskan. Setiap kali pengguna membeli barangan atau perkhidmatan, maka ia seperti telah mengikat kontrak dengan penjualnya. Dalam hal ini tanggungjawab pengguna hanyalah perlu memilih barangan atau perkhidmatan yang diingini dan membayar yang ditetapkan oleh penjual untuk mendapatkannya.

Mari kita lihat apakah perkara yang harus diamalkan:

Sebelum anda membeli-belah
Apabila anda ingin membeli sesuatu, tanyalah diri anda - Adakah saya memerlukannya? Adakah saya mampu membelinya?  Bajet peribadi dan aliran tunai anda boleh membantu menjawab soalan ini. Semak terlebih dahulu sekiranya anda telah membuat peruntukan bagi perbelanjaan ini ataupun anda telah berbelanja lebih bagi bulan tersebut.  
  1. Buat senarai barangan yang hendak dibeli.
  2. ‘Window-shop’ tanpa membawa wang yang banyak.
  3. Jangan jadikan membeli belah sebagai satu tabiat untuk melepaskan tekanan.
  4. Sekiranya kita hendak membeli sesuatu barang yang khusus pastikan kewangan kita mencukupi. Jika tidak kita mungkin akan membeli secara kredit.
  5. Jangan bawa anak-anak yang sering mendesak untuk membeli sesuatu yang kurang perlu atau keluar dengan rakan-rakan yang memang suka membeli belah.
  6. Tinggalkan kad kredit di rumah untuk mengelak belanja secara berlebihan.
  7. Jangan membawa wang yang banyak. Bawalah yang mencukupi sahaja
  8. Jangan membeli belah untuk menunjuk-nunjuk pada pesaing, rakan ataupun jiran.
  9. Kurangkan tabiat mendapatkan maklumat mengenai barangan yang kita minat di laman web jualan lelong seperti lelong.com atau mudah.my. Ini kerana kita mungkin terjumpa dengan barangan yang diminati dalam harga yang murah walaupun sebenarnya kita belum memerlukan barangan berkenaan pada waktu itu.
  10. Jangan amalkan singgah di pasar raya apabila pulang ke rumah dari tempat kerja.
  11. Rancang tempat untuk membeli belah bagi menjimatkan penggunaan bahan api dan masa. Belilah barang keperluan dengan sekali pergi sahaja.
  12. Semasa anda membeli-belah
Bersederhana dalam perbelanjaan.
  1. Kualiti produk mungkin sama dengan jenama lebih murah.
  2. Jangan mudah terpengaruh tawaran istimewa.
  3. Buat perbandingan harga.
  4. Sentiasa memeriksa resit pembelian barangan untuk mengelakkan terlebih bayar atau berlaku kesilapan semasa pengiraan pembelian
  5. Jangan ke bahagian makanan di pasar raya dalam keadaan perut kosong.
  6. Periksa rak bawah barangan di pasar raya sekiranya barangan itu tidak dinaikkan harga
  7. Beli ketika jualan murah, tetapi kawal diri supaya tidak terlebih belanja.
  8. Untuk jualan murah, sila teliti kualiti barangan yang dipamerkan dan pastikan barangan yang dipamer itu di bawah promosi.
  9. Tawar harga barangan seberapa boleh jika membeli di kedai biasa.
  10. Ketahui dan dapatkan maklumat mengenai hak-hak pembeli seperti polisi pemulangan, kos penghantaran dan sebagainya.
  11. Berani mengatakan “tidak” sekiranya tidak memerlukan barangan yang ditawarkan.
  12. Jangan berbelanja lebih terutamanya jika anda tidak ada kemampuan.
  13. Periksa keseluruhan kedai untuk mendapatkan harga terbaik.
  14. Beli produk keluaran tempatan (Buatan Malaysia). Ia menjimatkan bahan api dan mengurangkan pelepasan karbon dioksida yang keluar semasa proses penghantaran.
  15. Beralih kepada barangan yang boleh digunakan semula. Ini mengurangkan barang buangan dan menjimatkan sumber tenaga.

Tip Membeli-Belah Secara Lestari

1.    Beli barang tempatan. Ini adalah kerana penggunaan api fosil dan pencemaran yang kurang kepada alam sekitar.
2.    Elak membeli buah-buahan yang diproses (dalam tin)-kerana barangan ini biasanya  dibungkus secara berlebihan dan mengandungi bahan perisa tambahan seperti garam, gula, pewarna dan perasa tiruan.
3.    Beli produk yang segar dan ditanam secara organik-tanam organik kurang memberikan kesan kepada alam sekitar.
4.    Susu dan telur. Beli yang dibungkus dengan pembungkusan yang boleh di kitar semula (karton atau botol kaca) dan telur yang dibungkus menggunakan pembungkusan yang di kitar semula.
5.    Bijirin- Beli kotak yang dibungkus dengan bahan yang boleh di kitar semula dan bahan yang di kitar semula. Elakkan daripada membeli barangan mini(lebih banyak sisa), beli pembungkusan yang besar dan simpan dalam bekas dengan betul.
6.    Minuman (air dalam botol, kotak jus dan minuman lain)-ada di antara minuman ini boleh dibuat di rumah. Ia lebih murah dan memberikan impak yang sangat kecil kepada alam sekitar berbanding industri pemprosesan minuman ini.
7.    Pasta, bijirin, serbuk kari-belilah produk yang diperoleh daripada pertanian lestari menggunakan Amalan Pertanian Baik. Pilihan pengguna dalam barangan ini dapat mewujudkan perubahan yang ketara kerana ianya adalah barangan yang digunakan oleh kebanyakan rakyat Malaysia.
8.    Daging-pengurangan penggunaan daging akan mengurangkan sisa penternakan kerana permintaan yang rendah.
9.    Barang berasaskan kertas-belilah produk yang dibungkus dengan kertas dan juga kertas yang di kitar semula . jangan lupa untuk menggunakan kedua-dua belah kertas sebelum di kitar semula.
10.    Stirofom- elakkan penggunaan sirofom sekali gus. Benze (bahan karsinogen-boleh menyebabkan kanser) merupakan bahan tambahan, ianya tidak boleh di biodegrasi dan boleh berada dalam tapak pelupusan untuk jangka sama yang panjang.
11.    Bahan pencuci-kebanyakan bahan pencuci adalah sangat toksik dan mengandungi bahan kimia yang berbahaya. Beli satu jenis bahan pencuci yang mempunyai pelbagai fungsi. Jika terdapat bahan pencuci mesra alam atau refill, belilah barangan ini.
12.    Bawa beg sendiri-ini akan mengurangkan beg plastik semasa membeli-belah
Sumber:  Harian Metro

Boleh Membeli-Belah tapi ada hadnya.....

Bukan tidak boleh langsung untuk membeli-belah tetapi haruslah mempunyai had yang tertentu. Kadang-kadang apabila kita berada di pusat membeli-belah atau "supermarket" atau "hypermarket" kita akan menjadi rambang mata. Semua barang yang kita nampak, semua kita hendak beli. Walaupun benda itu sudah ada di rumah atau kita sememangnya tidak memerlukan nya langsung. Disebabkan itu, kita harus mempunyai satu panduan atau "guide line" apabila membeli-belah iaitu senarai barang yang hendak dibeli. Dengan adanya senarai ini, kita akan menjadi fokus untuk membeli barang-barang yang tertulis dalam senarai tersebut sahaja. Bukan itu sahaja, kita juga dapat memudahkan kerja dan mejimatkan masa dan tenaga untuk membeli barang kerana mempunyai senarai dan tidak membuang masa dengan berjalan mencari barang sambil berfikir apa yang patut dibeli.
       Membeli-belah bukan satu jenayah atau kesalahan tapi cara kita mempraktikan cara kita membeli-belah itu yang menampakan seolah-olah membeli-belah itu satu pembaziran atau sesuatu yang tidak berfaedah langsung. Cuba bayangkan, jika anda mempunyai RM5000 dalam tangan ketika membeli-belah dan anda tidak mempunyai inisiatif untuk berjimat cermat, percayalah wang anda itu akan habis sekelip mata dengan membeli barang-barang yang tidak penting. Jadi, fikirkan dan renung-renungkan! ^^

Membeli- Belah ^^

Slogan 'Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan' bukanlah bermaksud berhenti secara total dalam urusan perniagaan. Sabda Rasulullah, ''90 % punca rezeki adalah dari perniagaan'', jadi bagaimana kita hendak membantutkan punca rezeki??

Sebenarnya, maksud slogan  'Berhenti Membeli Belah, Mulakan Kehidupan' adalah untuk meminimumkan aktiviti beli belah yang kian melampau dan memaksimakan kreativiti dan inovasi diri dalam meneruskan kehidupan. Hal ini berikutan daripada masalah ekonomi dunia yang sangat membimbangkan.

Antara cara untuk meminimumkan aktiviti beli belah ialah :-

1. menetapkan perbelanjaan bulanan dengan nisbah 3:1 untuk keperluan dan kemahuan
2. menyenaraikan barang keperluan sahaja ketika membeli belah.
3. berusaha sebaik mungkin untuk membeli belah secara berseorangan.
4. berfikir dua kali sama ada barang yang hendak dibeli merupakan keperluan atau kemahuan.

Antara cara untuk memaksimakan kreativiti dan inovasi diri dalam kehidupan :-

1. bercucuk tanam.
2. mengitar semula bahan terbuang.
3. menggantikan penggunaan barang yang mahal dengan barang yang lebih murah dan selamat.